SELAMAT HARI GURU ( 16 MEI 2012-RABU)
TEMA: GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
Sambutan Hari Guru 2012 merupakan buat kali pertama disambut di luar perkhidmatan pendidikan selepas aku bersara pilihan 58 tahun pd 3April 2012 yg lepas.( lebih kurang 6 minggu yg telah berlalu )
Sesungguhnya lebih kurang 30 tahun aku tak akan ketinggalan menyambut Hari Guru yg sangat bermakna sebagai seorang cikgu sekolah. Aku hanya sempat sekali menyambut Hari Guru selama menjadi Pengetua iatu pada tahun 2011 di SMK Desa Cemerlang, Pasir Gudang. Itu juga aku anggap sebagai penutup sambutan Hari Guru sepanjang kerjaya sebagai guru ( Kebetulan sebagai Pengetua )
Walaupun bukan mudah utk tiba2 tidak menyambut Hari Guru. Di hatiku tetap teringat kenangan2 semasa menyambut Hari Guru, sama ada di peringkat sekolah, daerah atau negeri. Sejak di SDBL, SMK Tun Sardon, SMK TinggiBP, SMK Sri Gading,BP, SMK Datin Onn Jaafar dan SMK Desa Cemerlang, sambutan Hari Guru tak pernah ketinggalan di sambut. Mungkin tak ada bezanya sama ada hari itu Hari Guru atau Bukan Hari Guru. Tapi bagi golongan pendidik, Hari Guru di sambut secara menyeluruh dari peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Ini disebabkan guru merupakan golongan yang perlu disanjung dan dihormati selain Ibubapa. Semua orang tidak boleh menafikan kebenarannya..Bayangkan siapalah kita pada hari ini kalau tidak kerana guru yg mengajar kita sejak di sekolah rendah, menengah,menengah atas. Peringkat2 ini penting sebelum seseorang masuk ke kolej, universiti atau terus masuk ke alam pekerjaan. Semasa kita di peringkat tadika, sekolah rendah dan men. rendah terutamanya merupakan tahap kita sangat bergantung kepada cikgu utk menerima ilmu atau mendapat tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat. Kalau di tahap kolej atau universiti kita sudah boleh berdikari dan peranan pensyarah semestinya berbeza sama sekali di peringkat tadika, pra-sekolah atau sekolah rendah dan menengah.
Golongan guru tak dinafikan perlu dikenang jasa dan budi mereka. Tanpa para guru mana mungkin seseorang terus jadi doktor, engineer, usahawan malah terus jadi cikgu ! Tak pernah berlaku seorang seperti Perdana Menteri, semasa zaman kanak2 belajar sendiri di rumah kemudian mengambil peperiksaan sebagai calon persendirian di peringkat UPSR, PMR, SPM, STPM tanpa melalui institusi yg dinamakan sekolah. Tak akan ada. Sebab itu tak siapa menafikan peranan cikgu itu penting dalam kehidupan seseorang. Jangan lupa guru yg mengajar mengaji di kampung2 juga penting apatah lagi ustaz/ustazah yg mengajar kelas fardhu ain atau kelas agama di sebelah petang/pagi. Semuanya memainkan peranan yg. tersendiri dan penting dlm pembentukan kemahiran baik dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial. Semuanya bermula di institusi yg boleh saja dinamakan , tadika , sekolah, pusat tahfiz, madrasah sama ada dibawah pengurusan pihak kerajaan atau swasta.
Syabas dan Terima Kasih Cikgu
Kepada guru-guru SMK Desa Cemerlang saya ucapkan:
"Selamat Hari Guru dan semoga cikgu-cikgu akan terus berkhidmat demi anak-anak murid tanpa jemu. Teruskan sumbangan dan bukti murni untuk anak bangsa kita yg akan menjadi pelapis generasi akan datang !" Terima Kasih Cikgu !
Tuesday, May 15, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)