Sunday, November 15, 2009

Apa Erti Kemerdekaan

Apakah makna kemerdekaan itu cukup sekadar mengibarkan jalur gemilang atau menyanyikan lagu patriotik atau sekadar melaungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Atau melalui Perarakan Kemerdekaan Seluruh Negara ! Belum cukup sebenarnya.
Rutin yang dilakukan saban tahun menjelang 31 Ogos ialah:
1. Semasa perhimpunan di padang sekolah, padang / dataran majlis perbandaran,
atau di dewan-dewan, dimulakan bacaan doa, deklamasi sajak, syarahan kemerdekaan, pentomen bersifat patriotik dan nyayian lagu-lagu patriotik.
2. Kempen kibar jalur gemilang di sekolah, pejabat, premis-premis perniagaan,rumah kediaman ,kenderaan atau dimana sahaja.
3. Pertandingan mencipta sajak,deklamasi sajak patriotik di sekolah, IPTA, di peringkat kementerian, orang awam.
4. Perarakan kereta nasional, kereta berhias dan mempamerkan kelenkapan persenjataan semasa Perarakan 31 ogos.

Sambutan kemerdekaan yang diadakan setiap tahun merupakan aktiviti rutin atau ritual semata-mata sebagai simbolik. Sebenarnya ada satu lagi perkara penting di sebalik sambutan kemerdekaan yang kita namakan sebagai 'Menghayati Kemerdekaan'
Menghayati kemerdekaan bermakna, satu pengorbanan yang menyerlahkan komitmen dan kecintaan dalam bentuk amalan.Mereka bangga melakukan apa saja untuk kemajuan diri, keluarga, bangsa dan negara. jika sebagai petani,berusaha jadi petani yang berdaya maju dan inovatif -menggunakan pengetahuan dan teknologi moden bertujuan untuk mempertingkatkan produktiviti.
Jika jadi guru atau pensyarah- jadilah pengajar yang terbaik dan cemerlang. Dalam konteks semasa ,bidang pendidikan misalnya memerlukan dinamisma yang berdaya saing.
Menghayati kemerdekaan bermakna bebas dalam menimba apa saja ilmu dalam pelbagai bidang yang mendatangkan manfaat kepada umat manusia.Menimba ilmu, menghayati ilmu dan mempraktikkan apa yang telah dipelajari merupakan gambaran perwatakan rakyat yang dikatakan merdeka.Itulah yang kita harapkan ke atas semua rakyat tanpa mengira umur, latar belakang sosial/ekonomi, kaum atau agama ,asalkan warganegara Malaysia seharusnya ada perwatakan yang boleh membanggakan dan mengharumkan nama Malaysia ! ( bersambung )

1 comment: